Monday 10 February 2020

YB CHONG SEORANG PEMIMPIN YANG GAGAL! -DATUK ABDUL KARIM HAMZAH-


UMPAMA menanam tebu di tepi bibir maka begitulah mudahnya seorang ahli politik dari DAP iaitu YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin yang terus menabur janji demi untuk survival politik beliau.  Semalam menyaksikan beliau sekali lagi cuba bermain bicara menjanjikan sesuatu yang tidak pasti konon-kononnya andai PH menguasai Sarawak kelak penduduk di Selangan Batu, Pending akan menerima geran tanah.  

Pautan berita penuh:


Janji manis YB Chong itu diselar oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyifatkan YB Chong seorang pemimpin yang gagal.  Ini kerana menurut beliau semua mengetahui bagaimana semudah itu YB Chong menabur janji pada PRU yang lepas iaitu andaikata PH berkuasa di Putrajaya, Sarawak akan mendapat 20% royalti minyak dan gas serta 50% pendapatan cukai akan dipulangkan kepada Sarawak.  Namun setelah hampir dua tahun berkuasa, janji itu hanya tinggal janji yang ditiup angin terus lenyap sebegitu sahaja.  

Pautan berita penuh:


Dalam pada itu berdasarkan kepada video Live yang dimuatnaik di dalam ruangan mukabuku Datuk Abdul Karim Hamzah sendiri semalam turut menyelar YB Chong yang mana beliau sifatkan sering mengeluarkan kenyataan yang bodoh.  Isu berkenaan pembatalan PDP serta penjimatan RM3.4 bilion seperti yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng iaitu rakan sekapalnya di dalam DAP bukanlah seharusnya ditujukan kepada Kerajaan Sarawak untuk menjawabnya sebaliknya Chong harus mengemukakan soalan tersebut kepada Persekutuan kerana itu adalah projek persekutuan.  

Selain itu, Datuk Abdul Karim turut menyelar YB Chong yang seperti hendak menjadi menteri segalanya kerana apa yang bukan bidang kuasa beliau sebagai Timbalan Menteri KPDNKK turut beliau ingin campuri sedangkan sudah ada pembahagian fungsi dan tugas kementerian.  

Pautan video adalah seperti berikut:


Pemimpin seperti YB Chong akan terus mengeluarkan lidah bercabangnya mendodoikan janji-janji yang tidak pasti buat rakyat.  Dengar boleh, percaya jangan!

No comments:

Post a Comment