Sunday 16 February 2020

BAS SEKOLAH PERCUMA DI BANDAR UTAMA SARAWAK BERMULA APRIL 2020


PADA perbentangan bajet Sarawak 2020 yang lepas, Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ada mengumumkan mengenai inisiatif perkhidmatan bas sekolah percuma untuk bandar-bandar utama di Sarawak.  Dan hari ini, berita yang kita tunggu-tunggukan itu telahpun diwar-warkan iaitu peruntukannya sudahpun disiapkan dengan kos sebanyak RM4 juta.  

Untuk itu, perkhidmatan bas sekolah percuma itu akan dapat dirasai oleh pelajar-pelajar sekolah di bandar Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu serentak iaitu pada bulan April 2020 ini.  Menteri Pengangkutan Sarawak iaitu Datuk Lee Kim Shin akan memperjelaskan butirannya kelak.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment