Sunday 16 February 2020

KERJASAMA INDONESIA/SARAWAK BANGUNKAN KUASA HIDRO DI KALIMANTAN


KEPAKARAN Sarawak yang berjaya mengurustadbir empangan-empangan hidronya sememangnya dikenali ramai.  Dek kerana itu Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo telah meminta Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari untuk membantu mereka membangunkan kuasa hidro di Kalimantan yang mana tidak lama lagi wilayahnya akan menjadi pusat ibukota Republik Indonesia.  

Hal ini bukannya akan berlaku tahun yang mendatang sebaliknya Ketua Menteri Sarawak mengwar-warkan bahawa minggu hadapan rombongan Sarawak yang akan diketuai oleh beliau sendiri dan juga Menteri Utiliti iaitu Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom akan berangkat ke Jakarta bagi membenarkan kerjasama ini berlaku.  

Sekaligus dengan terjalinnya usahasama ini kelak, Sarawak sudah tentu akan mempunyai kepentingan terhadap grid kuasa elektrik di seluruh Borneo.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment