Sunday, 16 February 2020

KES 22 POSITIF DI MALAYSIA & LARANGAN KAPAL PERSIARAN DARI CHINA ATAU SINGGAH DI CHINA MASUK MALAYSIA BERKUATKUASA SERTA MERTA






LEWAT malam semalam 15/2/2020 menyaksikan angka kes positif Covid-19 terus naik di Malaysia ke kes 22 telah dicatatkan.  Kes ke-22 itu melibatkan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat yang menaiki penerbangan sewa khas dari Cambodia ke Kuala Lumpur setelah menggunakan kapal persiaran Westerdam yang berlabuh di Cambodia.  Dari 148 penumpang yang menaiki pesawat tersebut, beliau dan suaminya telah gagal di dalam ujian saringan kesihatan di KLIA pada 14/2/2020 biarpun telah mendapat perlepasan pihak berkuasa di Cambodia. Setelah dilakukan ujian, hanya wanita pelancong Amerika Syarikat itu yang positif manakala suaminya negatif.    

Sehubungan itu juga, hari ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama-sama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah mengeluarkan larangan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal persiaran yang berlepas dari China atau pernah singgah ke mana-mana wilayah di China memasuki Malaysia. Dalam pada masa yang sama, baki penumpang dari Westerdam yang telah membuat tiga penerbangan sewa khas dari Cambodia ke KLIA melalui MAS turut dilarang untuk masuk ke Malaysia.  Pihak MAS telah mengambil inisiatif untuk membatalkan terus tiga penerbangan sewa khas tersebut.  

Turut dimaklum ada perkhabaran gembira hari ini apabila diumumkan bahawa pesakit ke-15 seorang warganegara China telah sembuh sepenuhnya dari Covid-19.  Ianya adalah hasil usaha daripada petugas-petugas perubatan di Hospital Permai.  

Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment