Monday 10 February 2020

LELAKI WARGA MALAYSIA KES KE-18 POSITIF 2019-nCoV



SEMALAM, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa ada satu lagi pertambahan kes positif corona virus di Malaysia iaitu seorang lelaki rakyat Malaysia yang berusia 31 tahun. Difahamkan lelaki ini yang bekerja di Macau pernah mempunyai rekod perjalanan ke Tanah Besar China sebelum kembali ke Malaysia pada tanggal 1 Februari 2020.  

3 Februari, beliau yang merasa tidak sihat telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Banting, Selangor dan sekali lagi pada tanggal 7 Februari telah ke klinik semula dan selanjutnya diarahkan untuk ke Hospital Banting, Selangor.  Kemudian sekali lagi beliau dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh dan disahkan positif 2019-nCoV pada tanggal 9 Februari 2020.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sekarang sedang berusaha sebaik mungkin mengambil tindakan siasatan bagi mengesan kontak rapat serta pencegahan dan kawalan bagi membendung ianya menular kepada pihak lain.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment