Monday, 10 February 2020

RAKYAT SARAWAK PULANG DARI SINGAPURA DIWAJIBKAN KUARANTIN DI RUMAH


BERKUATKUASA hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengeluarkan arahan untuk mana-mana rakyat Sarawak yang baharu pulang dari Negara Singapura adalah diwajibkan untuk mengkuarantin diri sendiri di rumah masing-masing selama 14 hari.  

Ini merupakan langkah terbaru daripada Kerajaan Sarawak di dalam usaha untuk membendung wabak virus Wuhan memandangkan status terkini Negara Singapura yang sudahpun mengeluarkan arahan jingga iaitu tahap kedua tertinggi di dalam prosedur kesihatan.  Penularan wabak virus Wuhan adalah begitu membimbangkan kerana ramai antara pesakit yang positif 2019-nCoV adalah mereka yang tidak pernah berkunjung ke China sebaliknya penularan berlaku di tempat-tempat awam itu sendiri.  

Pautan berita penuh:


Amatlah diharap agar mana-mana rakyat Sarawak yang telah berkunjung ke Singapura baru-baru ini mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.  Andaikata ada yang sakit-sakit silalah mengunjungi klinik dan pusat kesihatan yang terdekat.  

No comments:

Post a Comment