SEHINGGA ke hari ini, 7 Februari 2020 Malaysia terus mencatatkan pertambahan kes positif 2019-nCoV yakni satu lagi kes yang melibatkan seorang wanita warga China dari Wuhan berusia 56 tahun. Difahamkan wanita ini bersama-sama keluarganya tiba di Singapura pada tanggal 17 Januari dan kemudian ke Johor Bahru empat hari kemudian.
Ketika menginap di Johor Bahru, wanita ini mengalami demam walau bagaimanapun tidak merujuk dirinya ke mana-mana pusat perubatan dan hanya membeli ubat di farmasi sahaja. Sepatutnya mereka sekeluarga pulang ke China menerusi penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou tetapi membatalkannya atas sebab-sebab kesihatan.
Jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV di Malaysia adalah 15 kes setakat ini.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment