Friday 7 February 2020

SARAWAK MAHU 1/3 KERUSI PARLIMEN UNTUK SARAWAK DAN SABAH


BUKAN sesekali gilakan kuasa tetapi permintaan Gabungan Parti Sarawak agar kerusi parlimen dibahagikan 1/3 kepada Sabah dan Sarawak mempunyai alasan yang kukuh.  Ini kerana bagi membuat pindaan sesuatu rang undang-undang di Malaysia memerlukan 1/3 suara di Parlimen. Sedangkan hakikatnya buat masa ini Sarawak dikhaskan dengan 35 kerusi manakala Sabah 25 kerusi sahaja iaitu kekurangan 18 kerusi untuk menjadi 1/3 daripada suara di Parlimen.  

Menurut Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg usai sahaja mesyuarat tertinggi GPS semalam, suara 1/3 kerusi parlimen ini penting bagi memastikan pihak di Malaya tidak sewenang-wenangnya membuat pindaan kerana buat masa sekarang sebarang pindaan boleh sahaja mereka lakukan berdasarkan jumlah kerusi yang ada pada mereka berbanding Sabah dan Sarawak.  Tambah beliau lagi, cadangan untuk 1/3 kerusi Parlimen ini turut sudah disampaikan kepada Kerajaan Sabah dan mereka juga akan mencadangkan tuntutan yang sama kepada Election Commission.  

Pautan berita penuh:


Andai kita berbalik kepada asas Perjanjian Malaysia 1963, Sarawak dan Sabah adalah rakan sejajar di dalam penubuhan Malaysia yang dideklarasikan pada tanggal 16 September 1963. Menjadi rakan sejajar (equal partners) sewajarnya pembahagian kerusi parlimen adalah berdasarkan 1/3 setiap satu wilayah yang membentuk.  Hanya dengan itu baharulah ada keadilan yang sebenar-benarnya dan tidak hanya suara Malaya di Parlimen Malaysia yang menjadi majoriti.  Tanpa suara Sabah dan Sarawak pun Malaya dengan mudah meminda sebarang rang undang-undang yang turut memberi impak kepada kedua-dua wilayah Malaysia di Borneo.  

Jangan pernah berkata mengapa baru sekarang mengapa tidak dahulu.  Jawapannya amat mudah sampai bila kita hanya duduk diam menerima apa sahaja yang berlaku sedangkan kita semakin bijak dan berilmu.  Better late than never! 

No comments:

Post a Comment