RM1 bilion hutang Sarawak kepada Persekutuan harus dibayar dahulu baharulah sekolah-sekolah daif di Sarawak akan dibaikpulih. Itu merupakan terma yang diminta oleh Persekutuan bagi menyelesai isu sekolah-sekolah daif di Sarawak. Mengenang nasib anak-anak Sarawak yang belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan biarpun hutang Sarawak selama ke hari ini dibayar mengikut jadual malah tidak pernah tertunggak ditambahlagi hutang itu adalah terma yang dijanjikan di dalam Perlembagaan makanya Kerajaan Sarawak dibawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg membenarkan pembayaran hutang tersebut “in advance” iaitu secara tiga kali bayaran yang mana setakat ke hari ini sudah dibayar RM700 juta kesemuanya.
Namun mungkin sudah menjadi lumrah satu kerajaan yang sering membuat pusingan “U” telahan lagi janji manifesto itu bukan satu kitab suci akhirnya janji untuk membaikpulih sekolah daif di Sarawak walau sudah dibayar TETAP HANYA JANJI MANISMU seumpama menanam tebu di tepi bibir.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, DP Abang Johari ketika berucap di Program “Kolokium Keagungan Quran” di Kuching hari ini, tiada satupun sekolah daif di Sarawak yang dibaikpulih oleh Persekutuan seperti janji mereka dahulu. Ianya adalah sesuatu yang mengecewakan kerana hakikatnya yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar sekolah di Sarawak.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment