Tuesday 11 February 2020

TIADA PRK DAN DR TING HARUS PULANGKAN GAJI DAN ELAUN DITERIMA DARI HARI PERTAMA SEBAGAI ADUN PUJUT


SUDAH disahihkan oleh Mahkamah Persekutuan yang wakil DAP untuk DUN Pujut telah dibatalkan kelayakannya sebagai ahli dewan undangan hari ini.  Dan bertindak daripada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak iaitu Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar telah mengadakan sidang medianya petang tadi kira-kira jam 6.30 petang.  

Menurut Speaker DUN, beliau tidak akan menulis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana tempoh dewan undangan negeri Sarawak akan berakhir dua tahun dari sekarang.  Ini bermakna TIADA PILIHANRAYA KECIL akan diadakan untuk DUN Pujut.  

Selain itu, Datuk Amar Mohd Asfia turut mengumumkan bahawa Dr. Ting Tiong Choon  diarahkan untuk mengembalikan semua gaji dan elaun yang beliau terima sejak di hari pertama menjadi ADUN Pujut iaitu selepas 7hb Mei 2016 sehingga hari ini.  


Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment