Sunday 16 February 2020

TONG GAS PETROS, JENAMA MADE IN SARAWAK!


SELAMA ke hari ini, rakyat Sarawak mengimpikan kita mempunyai jenama kita sendiri apabila berkata mengenai minyak dan gas yang digodek di bumi kita.  Dengan terlaksananya sudah pengambilalihan perniagaan gas di Sarawak dari Petronas kepada Petros beberapa hari yang lepas, maka impian kita akan menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana PETROS akan memperkenalkan jenama Sarawak sendiri iaitu tong gas Petros.  

Berita gembira ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap di Majlis Pelancaran “Sarawak Kita Empun” tadi di Ibupejabat PBB.  Dalam pada itu beliau turut berkata usahlah ditanya harga kerana kita akan membuat penelitian harga di pasaran dahulu namun begitu beliau tidak menyangkal tidak mustahil harganya mungkin lebih murah daripada yang sedia ada kerana Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telah memberikan percuma air untuk bil RM5 kebawah dan langsung tidak menaikkan tarif elektrik seperti negeri-negeri yang lain.  

Tambah CM Abang Jo, apa yang penting sekarang GPS harus diberikan mandat yang besar kelak bagi merealisasikan cita-cita rakyat Sarawak ke atas hak dan hasilbumi Sarawak.  Ini merupakan perjuangan yang belum selesai dan akan terus dimartabatkan.  

Apabila tong gas Petros ini sudah ada di pasaran kelak, apa yang perlu rakyat Sarawak lakukan adalah terus menyokong pemasarannya.  Kita ucapkan selamat tinggal kepada mana-mana tong gas yang BUKAN JENAMA PETROS untuk kegunaan harian kita.  Kalau tidak sekarang, bila lagi. Kalau tidak kita, SIAPA LAGI!!!

Kita sokong jenama PETROS, MADE IN SARAWAK!

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKKUSAYANG
#SARAWAKFIRST 

No comments:

Post a Comment