TANGGAL 4 Februari yang lalu menyaksikan satu penerbangan misi khas telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan. Dan mereka kemudiannya telah dikuarantinkan selama 14 hari di Nilai, Negeri Sembilan sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 18 Februari yang lalu. Dan hari ini Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah mengwar-warkan kumpulan kedua rakyat Malaysia akan dibawa pulang dari Wuhan pada hari Selasa depan, 25 Februari 2020.
Setakat ini tidaklah diketahui lagi berapakah jumlah yang dibawa pulang dan adakah adakah Air Asia akan turut serta atau sebaliknya. Untuk rekod sejumlah 77,000 rakyat Malaysia berkelana di Negara China sejak pademik Covid-19 mula menyerang China.
Pautan berita penuh:
Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan kepulangan mereka dipermudahkan.
Kredit gambar: Persiapan krew AA di dalam misi khas pada 4/2/2020 (Vocket)
No comments:
Post a Comment