Saturday 31 August 2019

PRESS STATEMENT DATO IDRIS BUANG 31.8.2019


PRESS STATEMENT
( In response to the Press Statement made by CCJ yesterday 30.8.2019)

May I advise YB Mr Chong to stop bickering like “a grumpy old lady “ over the dilapidated school issue and just start doing his own work tackling the nail-biting daily issues of high cost of basic goods etc , as a deputy minister of Domestic Trade . 
Our YAB CM Datuk Patinggi Abang Johari, has been very considerate though unhappy and in fact “exasperated”, apart from being frustrated and “fed-up” with the bully attitude of the PH Federal Government since quite sometime already. 

The inviolable fact remains that it is constitutionally their ( Federal Govt) responsibility to do all these. Who does not get fed up that even after one solid year there was barely any move or at all by them, until our CM , Abang Jo , suggested to use our State coffer to advance towards the said purpose , because he , like all the parents and teachers in Sarawak , could not bear to see our children suffer any longer, attending schools that are not up to the universal standard and some are really unsafe to be in . Who does not get frustrated or fed up and angry? 

Ministers LGE, Mazlee and many others had made little or no financial solution or in road at all before CM Abang Jo provided the fund. What if CM Abang did not provide this initial RM350 million or at all? Would this problem perpetuate further until next year or beyond? To may Sarawakians , that is highly probable . 

If they ( PH ministers) say there was no fund at their end to finance the restoration of our dilapidated schools, like what happened to our earlier-approved but later cancelled bridge projects, flood mitigation projects, and many more, then it is utmost fair to say that they are very bias and unjust to Sarawak because while giving such an excuse how could they easily approve and proceed with mega projects in other states as announced in Sandakan for Sabah , and also as announced for the multi-billion ringgit new Kedah Airport, Penang LRT and transportation system , and latest, the RM 21.6 Billion Fiberization project ! 

How would we and the parents , teachers and school going children in Sarawak feel? What can we say in frustration. No fund is not the excuse since they also have secured foreign loans by issuing the samurai bonds, for example , to see to their needs, Please lah , YB Mr Chong, stop being dexterous with your rhetorics, .. mincing your words like you are “a fixative 24/7 political animal” with no sympathy and empathy towards our fate, when such blatant bias and injustice is being smacked like a foul dirt on our faces by your federal seigneurs and party supremos from the other side of the China sea? Unlike us, you do not and will never be able to empathise our predicament in the spirit of Sarawak First because you still, no matter how you want to deny it , will have to kowtow to your KL bosses. The RM350 million advanced by our CM is out of love and care for Sarawak and its school going children. Don’t you remember the case of a school that virtually fell over unto the river, schools that caught fire and killed a teacher and many more sad incidents. These dilapidation , wear and tear and problems of erosions , soil settlements, etc affecting our thousands of schools are on going. Our efforts must not be stalled or stifled for what ever reason. 

Say what you like, whether or not that sum is to be deducted from the constitutionally permitted loan to Sarawak ( which by the way, Sarawak has never defaulted and the payment thereof has never cropped up as being due ) ... it is just a matter of making a small book-keeping entry for your guys at the federal level without any pain at all? It is just a matter of small accounting work..so what is the fuss about? 

I suggest that let us hear more of the positive commitments and real efforts by the federal government in fulfilling the many jobs undone and high required by Sarawak which constitutionally and legally are the bounden responsibility of the Federal Government to provide and execute. Even though our CM and the GPS Government of Sarawak are keen and sincere to assist the Federal Govt in solving this matter, that does not mean that the latter is relieved of its Constitutional duty ! Remember that we also have alternative avenue to go for legal recourse to seek justice and even ask the court of law to impose the equitable remedy of “Mandamus” to force the Federal Government to provide execute and/or implement the needful things they are bound by the law as entrenched in the Federal Constitution as well as in the MA63 read with the IGC Report thereon, to provide execute and/or implement.

Salam Merdeka !

Dato’ Idris Buang 
Information Chief
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu 
Sarawak 
31 August 2019

Thursday 29 August 2019

TIADA JAWATAN KOSONG UNTUK DSAI -TUN M-

RAMAI yang berkata mungkin ada rombakan kabinet Persekutuan tidak lama lagi. Dan khabar angin itu kekal hanya satu khabar angin apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengesahkan tiada perbincangan yang melibatkan hal seperti itu.
Dan hal mengenai kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson yang dikatakan akan mengambilalih jawatan Menteri Persekutuan turut ditidakkan oleh Tun M dengan secara sinis berkata, tiada kekosongan jawatan Menteri di Persekutuan untuk menempatkan DSAI kerana tiada Menteri yang meletak jawatan.
Pautan berita penuh:
http://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-jawatan-kosong-untuk-anwar-dalam-kabinet-tun-mahathir-216276

Wednesday 28 August 2019

BAH..APALAH PERANAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KAU, CHONG? -ADUN TUPONG-


KEBIASAANNYA kita mengharapkan wakil dari Sarawak dalam kabinet atau kementerian-kementerian di peringkat persekutuan untuk memastikan pembangunan yang lebih diberikan untuk Negeri kita. Pembangunan yang sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan termaktub dalam perlembagaan, seperti contoh; Pendidikan.

Sejak PH mengambil alih, banyak projek-projek yang diperlukan oleh rakyat Sarawak, yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dibatalkan. YAB KM kita telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek-projek tersebut menggunakan Dana Kerajaan Negeri walaupun ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan Chong seolah-olah mengambil kesempatan ke atas komitmen YAB KM kita. Beliau tidak sedikit pun memperjuangkan dana atau projek, yang sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, untuk dilaksanakan di Sarawak malahan menyokong agar Kerajaan Negeri mengguna dana sendiri untuk melaksana projek-projek tersebut. Bah.. apa lah peranan Kerajaan Persekutuan dan kau Chong?

Beliau lupa bahawa Sarawak diugut oleh bos nya agar membayar hutang dahulu kepada Kerajaan Persekutuan sebelum mereka laksanakan projek baikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak. Beliau lupa bahawa bos beliau telah membuat kenyataan selaku Menteri Kewangan bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa 3 tahun dan sudah tentu besar akibatnya kepada Sarawak.

Jadi sebelum hendak menegur YAB KM Sarawak, tegurlah bos kau dolok. Ada berani?

Nampaknya suara Chong yang sepatutnya memperjuangkan hak Sarawak semakin lemah dipadam oleh Pimpinan partinya di Semenanjung.

Pautan:

SENARAI 37 BUAH SEKOLAH DAIF (FASA 1)


MELALUI kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada hari ini menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak baharu sahaja menerima taklimat daripada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan bagi menangani isu membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Turut difahamkan proses penawaran tender untuk kerja-kerja baikpulish baharu sahaja dibuat oleh pihak yang terlibat.   

Senarai nama 37 buah sekolah yang sudah dikenalpasti untuk Fasa 1 adalah seperti berikut:

Peringkat sekolah rendah:

1.  Sekolah Kebangsaan Kujang Mawang, Serian
2.  Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri
3.  Sekolah Kebangsaan Beluru Central, Miri
4.  Sekolah Kebangsaan Kg Baru, Kapit
5.  Sekolah Kebangsaan Abun Matu, Belaga
6.  Sekolah Kebangsaan Abang Amin, Maradong
7.  Sekolah Kebangsaan Nanga Tada, Kanowit
8.  Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Betong
9.  Sekolah Kebangsaan Melugu, Sri Aman
10. Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan, Julau
11. Sekolah Kebangsaan Pendam, Samarahan
12. Sekolah Kebangsaan Sg. Sepiring/Sg. Tepus, Selangau
13. Sekolah Kebangsaan Nanga Machan, Kanowit
14. Sekolah Kebangsaan Kpg Senari, Kuching
15. Sekolah Kebangsaan Grogo, Bau
16. Sekolah Kebangsaan Lebur Remun, Serian
17. Sekolah Kebangsaan Tebelu, Simunjan
18. Sekolah Kebangsaan SLDB No. 1, Mukah
19. Sekolah Kebangsaan Sg. Tisang, Bintulu
20. Sekolah Kebangsaan Sg. Setiam, Bintulu
21. Sekolah Kebangsaan Bario, Baram
22. Sekolah Kebangsaan Sambir, Samarahan
23. Sekolah Kebangsaan Long Pelutan, Baram
24. Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau
25. Sekolah Kebangsaan Labang, Sebauh
26. Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit, Lubok Antu
27. Sekolah Kebangsaan Kambug, Padawan
28. Sekolah Kebangsaan Kpg Bobak/ Sejinjang, Bau
29. Sekolah Kebangsaan Ulu Kakus, Tatau
30. Sekolah Kebangsaan Sg. Lemaus, Subis
31. Sekolah Kebangsaan Long Busang, Belaga
32. Sekolah Kebangsaan Adin, Sarikei
33. Sekolah Kebangsaan Raba, Simunjan
34. Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam, Simunjan
35. Sekolah Kebangsaan Haji Junid

Peringkat sekolah menengah;

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin, Serian
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, Sibu

Tuesday 27 August 2019

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2019 DI KUCHING, SARAWAK


16 September saban tahun disambut dengan meriah bagi mengingati tarikh Sabah, Sarawak dan Malaya membentuk Negara Malaysia dan pada tahun ini ianya diadakan di Kuching, Sarawak dengan lokasinya adalah Padang Merdeka, Kuching.  Disitulah juga pada tanggal 16 September 1963, deklarasi pembentukan Negara Malaysia diwar-warkan oleh Tuan Gabenor pertama Sarawak iaitu Allahyarham Tun Haji Abang Openg.  

Menurut penganjur Kerajaan Sarawak menyatakan pada hari itu nanti, rakyat Sarawak akan bersama-sama meraikannya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berserta barisan kabinet Persekutuan dan juga perwakilan daripada Kerajaan Sabah.  

Pautan berita penuh:

ANAK KAMPUNG KUPANG SARATOK HARUMKAN NAMA SARAWAK DAN NEGARA DI KAZAN RUSSIA


LAHIR di kawasan pedalaman tidak akan pernah menjadi halangan untuk berjaya malah selagi ada niat yang betul dan bertekad sudah tentu kejayaan akan dikecapi.  

Begitulah ceritanya seorang anak muda bernama Hanafi bin Osman yang berasal dari Kampung Kupang, Saratok yang berjaya mengulangi hatrik anak Sarawak bernama Mimi Faizura dengan memperolehi Medallion of Excelence malah lebih manis, beliau turut memperolehi pengiktirafan Best of Nation di Worldskilss 2019 di Kazan, Russia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau dan juga Giatmara dimana beliau menuntut ilmu selama ke hari ini.  Semoga kejayaan beliau akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua rakyat Sarawak. 


Pautan Dari fb:

https://www.facebook.com/GMNSarawak/photos/a.1698914993670587/2551232405105504/?type=3&theater

Monday 26 August 2019

GPS EDAR 10K BENIH DURIAN MUSANG KING DI BEKENU


PERMINTAAN untuk durian jenis musang king sememangnya menjadi fenomena di seluruh dunia. Harganya cukup tinggi di peringkat antarabangsa sehingga banyak negara ingin menjadi pengeluar utama raja buah ini.  Dan ini termasuklah Sarawak yang sememangnya mampu mengeluarkan jenis durian yang bermutu tinggi ini.  

Demi melestarikan visi ini, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telah mengedarkan 10,000 biji benih durian musang king dengan kos sebanyak RM328,300 kepada 2,373 penerima yang terdiri daripada 59 kampung dan rumah panjang di Bekenu, Miri.  Ianya adalah sebagai bantuan Kerajaan Sarawak kepada pekebun-pekebun di sekitar Bekenu untuk terus menjadikan durian musang king sebagai sebahagian daripada produk kebun-kebun tempatan lantas boleh menjana pulangan ekonomi yang setimpal kepada mereka.

Hal ini diwarkan-warkan oleh YB Rosey Yunus merangkap Menteri Muda kepada Kementerian Kebajikan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak yang juga ADUN Bekenu di satu acara rakyat di Bekenu, semalam.

Pautan berita penuh:

STATUS TERKINI PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN MARUDI


BERABAD menanti akan ada satu jambatan yang menghubungkan pekan Marudi dan Miri dan tatkala ianya diumumkan memberi perkhabaran gembira buat hampir 30,000 rakyatnya.  Namun projek jambatan sepanjang 650 meter menyeberangi Sungai Batang Baram dengan memiliki dua lorong ini agak lambat kerja-kerja pembinaannya sehingga meresahkan penduduk.

Pautan berita adalah seperti berikut:


Ada perkhabaran gembira buat semua apabila Penyelia Projek iaitu Tiong Hock Yik menyatakan bahawa kerja-kerja penanam cerucuk akan bermula pada 15 September ini manakala kerja-kerja tapak tanah sudahpun bermula tanpa masalah.  

Pautan berita penuh:
https://www.theborneopost.com/2019/08/27/marudi-bridge-project-progressing-well-project-coordinator/

Jika diikutkan pada perancangan awal, projek pembinaan jambatan bernilai RM75 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini harus bermula pada Januari 2019 dan tempoh siapnya adalah Januari 2022.  

KUTAI KERTANEGARA DAN PENAJAM PASER UTARA, IBUKOTA INDONESIA YANG BAHARU


TIADA lagi berteka-teki, akhirnya berita yang kita tunggu-tunggu sudah diwar-warkan bahawasanya ibukota Republik Indonesia yang baharu adalah sebahagian Kutai Kertanegara dan Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur di Pulau Borneo.  Satu ibukota yang sememangnya akan menjadi tumpuan semua bagi merancakkan lagi ekonomi Indonesia serta Pulau Borneo kerana akan dimasyhurkan sebagai ibukota pelabuhan berserta pelan pembangunan yang paling moden dan teratur.

Antara sebab-sebab mengapa lokasi ini dipilih adalah:

1.  Lokasi cukup strategik kerana berada di tengah wilayah Indonesia di Pulau Borneo iaitu Kalimantan Timur.
2.  Kawasan yang bebas bencana contohnya banjir, kebakaran hutan, gempa bumi mahupun tsunami
3.  Tanah milik Kerajaan Indonesia cukup luas untuk dimajukan.
4.  Mempunyai sumber air bersih yang banyak.
5.  Ianya dekat dengan beberapa kota yang sememangnya sudahpun dimajukan lama.
6.  Masyarakat di KALTIM mempunyai sosial budaya yang teguh dan punya dasar keterbukaan yang lebih luas kepada kaum di luar KALTIM.
7.  Berada di garis perimeter pertahanan dan keamanan yang mantap.  

Jika diikutkan perpindahan ibukota yang baharu ini adalah model ibukota pilihan rakyat Indonesia sendiri setelah merdeka daripada Koloni Belanda.  Jakarta atau nama lamanya Betavia adalah ibukota warisan pilihan penjajah suatu waktu dahulu.  

Pautan berita penuh:

KERAJAAN SARAWAK AKAN BANTU NELAYAN SARAWAK DI MUSIM LANDAS


MENGAMBIL maklum akan keperitan para nelayan yang telah dikurangkan bantuan tunai dari Persekutuan daripada RM300 kepada RM200, Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bersetuju untuk membantu para nelayan kelak.  

Satu perbincangan akan diatur bagi mengkonklusikan apakah bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak bagi mereka menghadapi musim tengkujuh atau landas di Sarawak.

Pautan berita penuh seperti berikut:

10 PAKEJ RM100 JUTA SUDAH DITENDER ITU YANG SAYA DENGAR -BARU BIAN-


ISU sekolah daif di Sarawak terus menjadi persoalan walaupun Sarawak telah menjelaskan RM350 juta sebulan yang lalu.  Hal ini menjadi tanda tanya warga Sarawak kerana masih belum ada yang pasti bilakan sebenarnya segala proses tender hendak dilakukan oleh pihak Persekutuan.  

Menjawab isu tersebut, YB Baru Bian yang juga merangkap Menteri Kerja Raya pada hari ini menyatakan bahawa beliau ada mendengar 10 pakej tender berjumlah RM100 juta sudahpun dikeluarkan oleh pihak Persekutuan untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak seperti yang dijanjikan.  Dan beliau turut menyatakan bahawa beliau akan cuba berbincang dengan pihak Persekutuan untuk segera menggunakan keseluruhan baki bernilai RM250 juta lagi.  

Pautan berita penuh:


Nampak gayanya Menteri Kerja Eaya sendiri yakni wakil Sarawak di barisan kabinet Persekutuan sendiri masih belum mengetahui hujung pangkal cerita tentang isu membaikpulih sekolah-sekolah daif.  Hanya yang didengar sahaja tiada yang pasti. Bolehkan itu???

Saturday 24 August 2019

PORTFOLIO PENGANGKUTAN DAN PELABUHAN DIBENTUK BAGI MEMPERTAHANKAN HAK SARAWAK


DALAM rombakan Kabinet Kerajaan Sarawak beberapa hari yang lepas menyaksikan ada dua portfolio baru yang diperkenalkan iaitu Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan diterajui oleh Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing sebagai Menteri dan Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi sebagai Menteri Muda.  Sementara itu Kementerian Pengangkutan pula telah diberikan tanggungjawab yang besar kepada Datuk Lee Kim Shin sebagai Menteri dan Datuk Dr. Jerip Susil menjadi Menteri Muda.
Ramai yang tertanya-tanya apakah rasionalnya menambah portfolio baru di dalam Kabinet Kerajaan Sarawak sedangkan apa yang ada sudah cukup untuk mengurustadbir Sarawak Bumi Kenyalang itu sendiri.  Sesungguhnya ada cerita disebalik pembentukan portfolio baru ini yakni menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ada “pihak tertentu” yang cuba untuk mengambilalih pelabuhan yang ada di Sarawak.  Jadi ianya harus dipertahankan dengan memperkenalkan portfolio baru agar pelabuhan di Sarawak akan boleh dibangunkan fasilitinya dengan lebih teratur dan moden mengikut cara kita.  
Manakala untuk portfolio Pengangkutan pula sememangnya ianya diperlukan kerana dengan banyaknya infrastruktur untuk jalan pesisir serta sistem pengangkutan yang sedia dan akan dibina adalah menjadi tanggungjawab Sarawak untuk memastikan ianya dijaga dan dikawal dengan sebaik mungkin.
Pautan berita penuh seperti berikut:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/24/pelabuhan-dan-pengangkutan-dua-portfolio-penting-untuk-pertahankan-hak-sarawak
Untuk informasi rakyat Sarawak bahawasanya hak pelabuhan dan pengangkutan adalah hak Sarawak yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.   Jadi tindakan KM Abang Jo memperkenalkan dua portfolio baru ini sememangnya adalah keputusan yang tepat di dalam mempertahankan hak kita yang masih ada disamping masih lagi berusaha mendapatkan hak-hak yang sudah terhakis.

#SarawakDiutamakan