BUKAN hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir tetapi janji itu akan terus ditepati bagi menunjukkan betapa komitednya Kerajaan Sarawak untuk meneruskan pasca pembangunan bagi seluruh Sarawak. Kesenangan rakyat didahulukan biarpun perlu untuk menanggung kos sendiri yakni sebanyak RM67 diperuntukkan dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.
Dan projek yang dinanti-nantikan oleh rakyat hasil usaha Kerajaan Sarawak yang sudah hampir menjadi kenyataan dan diberitakan akan dirasmikan menjelang tengah bulan Ogos ini.
Berita seperti ini sudah tentu tidak dicanangkan oleh puak-puak pembangkang yang hanya ingin menabur fitnah sahaja seolah-olah Kerajaan Sarawak hanya berpeluk tubuh sahaja. Banyak lagi pembangunan infrastruktur yang sedang berjalan sekarang.
Terima kasih Kerajaan Sarawak dan GPS kerana mendengar kehendak rakyat Sarawak amnya dan warga Long Lama khususnya.
#SarawakDiutamakan
No comments:
Post a Comment