TIADA kata yang mampu diungkap tatkala musim jerebu mulai melanda Sarawak Bumi Kenyalang. Mengenang jerih perih rakyat yang sedang di dalam kepayahan dengan cuaca panas terutama sekali orang-orang tua dan anak-anak kecil.
Sehingga jam 12 tengahari tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri berada di tahap bahaya dengan bacaan melebihi 340 diikuti oleh Sri Aman dengan bacaan 136.
Untuk itu sama-sama kita mengingatkan diri untuk sentiasa minum air kosong dan mengurangkan aktiviti luar serta hindarkan diri untuk membuat sebarang pembakaran terbuka di kawasan rumah. Jaga diri baik-baik wahai rakyat Sarawak semua.
No comments:
Post a Comment