BERTINDAK daripada satu status yang dimuatnaik di laman Twitter yang mengatakan terdapat tiga ancaman bom lewat petang semalam menyaksikan PDRM menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Ianya harus diambil tindakan segera kerana ianya melibat keharmonian dan kesejahteraan negara.
Ancaman pertama disahkan melalui maklumat orangramai yang menemui bahan letupan termampat (IED) kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di Bukit Damansara. Walau bagaimanapun pihak polis hanya diberitahu akan hal tersebut kira-kira jam 10 malam dan Unit Pemusnah Bom (UPB) segera dihantar ke lokasi yang akhirnya mengesahkan bahawa IED itu masih tidak lengkap sepenuhnya.
Sebelum itu kira-kira jam 9 malam, satu lagi ancaman bom dimuatnaik yang menyaksikan UPB telah bergegas ke kawasan KL Sentral. Pemeriksaan yang menyeluruh dilakukan dan disahkan tiada tanda-tanda objek mencurigakan ditemui. Polis turut dihantar ke Kedutaan Rusia di Jalan Ampang yang mana menyaksikan ianya juga adalah ancaman bom palsu.
Pihak Polis sekarang sedang memburu pemilik laman twitter tersebut dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Pautan berita sepenuhnya:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kuala-lumpur-terima-tiga-ancaman-bom-213961
No comments:
Post a Comment