RAMAI yang tertanya-tanya ke manakah halatuju politik Datuk Dr. Jerip setelah beliau meninggalkan Parti Sarawak Bersatu beberapa bulan yang lepas. Dan sehingga ke hari ini walau banyak khabar angin namun tiada yang pasti ke manakah pula ADUN Mambong ini menempatkan dirinya di dalam kancah politik Sarawak. Walau bagaimanapun sejak dari awal beliau meninggalkan PSB lagi, Datuk Dr. Jerip secara terbuka memberi sokongan terbukanya kepada kepimpinan KM Sarawak Abang Jo dan Gabungan Parti Sarawak.
Semalam menyaksikan Datuk Dr Jerip biar tanpa parti politik tetap dikekalkan di dalam rombakan kabinet Kerajaan Sarawak 2019 sebagai menteri muda di Kementerian Pengangkutan Sarawak, portfolio baru di kabinet Sarawak.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment