TULAR di media sosial berkenaan kejadian di Mina sewaktu hujan lebat berlaku ketika jemaah haji saat mengerjakan ibadah lontar yang mana menurut kenyataannya seorang jemaah haji dari Malaysia telah meninggal dunia akibat terlalu ramai yang berasak-asak di dalam terowong.
Susulan itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang mengesahkan semua petugas dan jemaah haji dari negara Malaysia SELAMAT. Menurut beliau, waktu melontar untuk jemaah haji Malaysia yang dijadualkan sebelah petang telah diubah kepada 8.20 malam waktu tempatan.
Semoga berita ini boleh melegakan sedikit keresahan kita yang mempunyai ramai keluarga, rakan dan taulan yang sedang mengerjakan haji sekarang. Alhamdulillah.
Pautan berita penuh:
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment