SEMALAM menyaksikan seramai 40 orang warga penduduk Semop dan Daro yakni dari Kampong Badong, Kampung Kut Daro yang mana tanah mereka diambil bagi membenarkan pembinaan projek Jambatan Lassa menerima wang pampasan mereka berjumlah RM644,413. Majlis penyerahan cek pampasan telah dilakukan oleh YB Safiee Ahmad, ADUN Daro dan turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Igan, YB Ahmad Johnie Zawawi di Dewan Serbaguna, Daro, Mukah.
Projek Jambatan Lassa adalah satu projek infrastruktur yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dengan kos sebanyak RM597.58 juta. Pembinaannya sudahpun bermula sejak Mac 2019 dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun.
Pautan berita penuh:
https://suarasarawak.my/2019/08/22/40-orang-terima-pampasan-tanah-berjumlah-rm644413-00-di-daro/
#SarawakDiutamakan
No comments:
Post a Comment