Sunday, 18 August 2019

SALAH PUTRAJAYA KENAPA ADA DOGMA SARAWAK FOR SARAWAKIAN -DSWJ-


BEBERAPA hari yang lepas, Perdana Menteri Malaysia Tun M ada membuat penyataan iaitu sikap segelintir rakyat di Sarawak mahupun Sabah yang kuat dengan sentimen Sarawak for Sarawakian atau Sabah for Sabahan adalah tidak sihat untuk keberadaan Negara Malaysia.  Seharusnya diterapkan jiwa kemalaysiaan tanpa membanggakan dogma pemikiran mengikut kenegerian itu sendiri.  
Pautannya adalah seperti berikut:
Menjawab berkenaan isu tersebut, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang merupakan Ahli Parlimen Santubong menyatakan bahawa sentimen adanya dogma pemikiran “Sarawak For Sarawakian” di kalangan rakyat Sarawak adalah hasil daripada kesalahan Putrajaya sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia itu sendiri.  Ini kerana dogma pemikiran ini timbul hasil daripada cetusan bagaimana rakyat Sarawak sendiri sudah peka akan letak duduk negeri Sarawak itu sekarang.  
Perbezaan itu sungguh ketara baik dari zaman Barisan Nasional telahan lagi zaman Pakatan Harapan sekarang samada dari segi bajet mahupun pembangunan.  Ketidakadilan sebagai penyumbang ekonomi utama Negara Malaysia namun hanya seciput peruntukan yang diberikan.  Dek kerana itu ketika Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah cuba mendekatkan jurang pembangunan itu dengan menambah banyak peruntukan infrastruktur untuk Sarawak pada ketika itu.  

Namun sayangnya apabila pucuk pemerintahan Malaysia bertukar tangan banyak peruntukan yang sudahpun diluluskan telah dibatalkan atau dihapuskan sama sekali tetapi boleh lagi memberikan peruntukan yang banyak untuk negeri-negeri yang mana PH sebagai pemerintahnya.  
Dan oleh kerana Sarawak sekarang diperintah oleh satu gabungan parti tempatan maka Kerajaan Sarawak meneruskan misi dan visi pembangunan untuk Sarawak dengan menggunakan dana sendiri.  Ianya hasil daripada pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak sendiri dengan tidak bersandarkan kepada peruntukan Persekutuan.  
Jadi, selagi Putrajaya tidak memberikan keadilan yang sepatutnya maka jangan sesekali salahkan rakyat Sarawak jika lebih berjiwa kenegerian seperti dogma laungan Sarawak for Sarawakian.  Rakyat Sarawak lebih bangga menggelar dirinya Sarawakian daripada Malaysian.  
Pautan berita penuh adalah seperti berikut:

No comments:

Post a Comment