SELEPAS pemberian Endowment Fund untuk bayi yang dilahirkan oleh anak Sarawak, Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari mengumumkan beberapa bulan yang lepas bahawa ibu-ibu yang melahirkan akan turut dibantu.
Bukannya hanya janji semata-mata sebaliknya kesungguhan untuk memberikan itu tetap diteruskan dan akan dibentangkan pada bajet Sarawak hujung tahun ini dan kesemua mereka yang layak akan mula menerima bantuan menjelang tahun depan (2020). Bentuk bantuan juga sedang dikaji dengan teliti sekarang dan diperkira hampir 40,000 orang ibu yang hamil anak Sarawak akan menerima bantuan tersebut.
Sesungguhnya bantuan seperti ini sudah tentu akan menggembirakan semua pihak lebih-lebih lagi di dalam meringankan beban rakyat yang terpaksa mengharungi kos penghidupan yang tinggi sekarang. Terima kasih CM Abang Jo.

No comments:
Post a Comment