Tuesday, 13 August 2019

ANGGOTA TENTERA MALAYSIA MAKAN MINUM TIDUR SAHAJA?


BETAPA kurang ajarnya seorang rakyat Malaysia yang selama penghidupannya mengaut segala kekayaan di bumi Malaysia yang aman dek kerana jasa dan pengorbanan anggota tentera kita yang berjuang menjaga keamanan negara.  Hanya kerana merasakan diri sudah begitu besar sehingga sanggup menghina kerjaya anggota tentera yang dikatakan oleh beliau hanya tahu makan minum dan tidur sahaja malah tidak pernah menembak musuh.  

Ini dinyatakan oleh Koon Yew Yin di dalam entry blog nya seperti berikut:  


Tiada siapa yang melarang jika hendak memberikan cadangan bagi memantapkan lagi Malaysia namun mengatakan sedemikian rupa terhadap kerjaya anggota tentera adalah satu penghinaan kerana selama ke hari ini merekalah barisan hadapan yang akan bergalang tulang meninggalkan keluarga tercinta bagi memastikan kita semua sebagai rakyat Malaysia hidup di dalam harmoni dan aman.  Telahan lagi anggota tentera kita juga dituntut tenaga mereka bukan sahaja untuk keamanan negara malah di dunia dengan mereka berada di zon-zon perang bagi membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagainya.  

Apakah kewajaran sikap seorang rakyat Malaysia seperti Koon Yew Yin berkata sebegitu rupa.  Andainya berlaku perang di Malaysia adalah beliau yang akan memikul tugas tersebut kelak.  Atau nanti beliau sebagai seorang yang kaya raya maka akan terlebih dahulu angkat kaki terbang dengan jet peribadi ke luar negara bersenang lenang di rumah agam di tepi laut tanpa ada jiwa patriotik kepada tanahair yang tercinta.

Kenyataan daripada Koon Yew Yin adalah satu kenyataan yang tidak boleh diterima sama sekali dan ianya harus kita selar sebagai rakyat Malaysia.  Konon-konon bijak tetapi lagi menampakkan kebodohan sendiri! Kau hina anggota tentera kita bermakna kau hina seluruh keluarga anggota tentera bahkan turut kesemua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan! Stupid never finish!

No comments:

Post a Comment