Thursday 17 October 2019

BELANJAWAN PERSEKUTUAN ADALAH SATU BELANJAWAN DEFISIT! RAKYAT SARAWAK KENA TAHU!


PEMBENTANGAN belanjawan 2020 terus mendapat perhatian apabila satu persatu ahli politik Gabungan Parti Sarawak memberikan ulasan mereka akan keadilan dan kebenaran yang berlaku. Biarpun sebelum ini YB Chong Chieng Jen pernah mengatakan bahawa Belanjawan 2020 yang dikemukakan oleh PH adalah yang terbaik pernah Sarawak dapat namun hakikatnya Chong sebenarnya cuba menyembunyikan sesuatu mengenainya.  

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri iaitu YB Abdullah Saidol yang juga ADUN Semop menyatakan bahawa MP Kuching telah cuba membohongi rakyat akan keadaan sebenar yang berlaku.  Tambah beliau berdasarkan DE yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan Malaysia sebanyak RM56 bilion, 30% daripada RM56 bilion tersebut adalah RM16.8 bilion.  DAN SARAWAK SEBENARNYA HANYA MENDAPAT RM4.5 BILION yakni 8.04% daripada jumlah keseluruhan DE.   

Dari jumlah keseluruhan belanjawan iaitu RM297 bilion, RM241 bilion yakni 81.21% adalah untuk Perbelanjaan Operasi dan RM56 bilion yakni 18.79% adalah untuk Pembangunan Negara. Kerajaan Persekutuan dibawah PH menghadapi pengurangan cukai sebanyak 13.1% daripada KDNK yang mana pada asasnya bermakna Persekutuan sudah kehilangan pendapatan.  

Lagi menambah derita sejak PH mengambilalih Putrajaya, jumlah hutang negara turut meningkat yang mana akhirnya berkemungkinan besar Negara Malaysia akan menghadapi inflasi yang serius selagi PH tidak mempunyai kaedah untuk mencari pendapatan yang baharu.  Cukai GST yang tidak dilaksanakan meninggalkan satu “lubang yang besar” atas pendapatan negara dan dek kerana itulah Persekutuan mengambil alternatif dengan “memaksa” Petronas untuk membayar Persekutuan iaitu apa yang digelar “dividen khas” dengan jumlah sebanyak RM30 bilion.  

Ironinya menurut YB Abdullah, jumlah sebanyak RM30 bilion itu merupakan hasil daripada penjanaan sumber minyak dan gas Sarawak yang digodek oleh Petronas.  Dan terma ini tidak termasuk cukai lain yang harus dibayar oleh Petronas kepada Persekutuan. RM30 bilion masuk ke kantung Persekutuan dan Sarawak hanya mendapat RM4.5 bilion daripada Persekutuan. Ianya langsung tidak adil bagi Sarawak!

Rakyat Sarawak seharusnya mengetahui bahawa belanjawan 2020 PH adalah satu belanjawan defisit atau di dalam bahasa standard diertikan sebagai Kerajaan Persekutuan PH berbelanja melebihi pendapatan negara!

Adakah Chong dan wakil PH Sarawak di peringkat Persekutuan benar-benar serius dan ikhlas berjuang untuk Sarawak atau sekarang mereka lebih memilih untuk menjaga survival politik dan menjadi “Yes Bos” kepada “tuan” mereka di Malaya?

Pautan berita penuh:


#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST

No comments:

Post a Comment