Monday 14 October 2019

KOMPLEK MINYAK DAN GAS BERSEPADU DIBINA DI LAWAS DENGAN JUMLAH PELABURAN RM20.8 BILION




BUKANNYA untuk berpolitik 24/7 sebaliknya peluang ekonomi harus dicari yang sekaligus akan menjana pendapatan serta peluang pekerjaan serta perpindahan teknologi buat Sarawak.  Atas dasar itulah Sarawak terus memandang ke hadapan bagi memastikan Sarawak mampu berdaya saing dan menjadi gergasi industri minyak dan gas di Borneo amnya.  

Semalam menyaksikan satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Kerajaan Sarawak dan dua syarikat gergasi dari Negara China iaitu Beijing BECA Sci-Tech Company Limited dan Sinopec Engineering Incorporation bagi mendirikan satu lagi komplek minyak dan gas bersepadu di Bukit Sari, Lawas.  Kedua-dua syarikat tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak RM20.8 bilion bagi membina kompleks di satu kawasan berkeluasan 400 hektar di Pulau Sari, Lawas.  

Segala urusan pembinaan akan bermula akhir tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.   

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment