Wednesday, 9 October 2019

UTUSAN MELAYU TUTUP


AKHIRNYA setelah lebih 80 tahun beroperasi, Utusan Melayu yang merupakan syarikat akhbar tertua di Malaysia menutup tirai perjalanan di dalam media massa Malaysia setelah menerima notis penutupan pejabat mereka bermula hari ini. Sejak dari tahun lalu lagi, akbar ini mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga memaksa mereka menawarkan VSS, menjual aset dan sebagainyai.  Namun semua usaha itu tidak kesampaian apabila edaran akhbar terus menjunam sehingga memaksa sumbangan iklan turut tidak memihak kepada mereka.  

Biar ada corat-coret dunia politik Malaysia yang mahukan mereka “diselamatkan” namun begitu tiada yang pasti mengenainya.  

Pautan berita penuh:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/09/utusan-group-ceases-operations-staff-told-to-vacate-offices-by-1pm-wednesday-oct-9

Penutupan syarikat akhbar ini sudah tentu memberi impak secara langsung kepada kakitangan mereka yang selama ke hari ini mencari rezeki di Utusan Melayu. Dengan keadaan sekarang sememangnya satu yang amat sukar untuk mencari pekerjaan namun apakan daya penghidupan harus diteruskan biarpun payah.

Salam maju jaya diucapkan kepada kakitangan Utusan Melayu yang terlibat. Bertabahlah.

No comments:

Post a Comment