Thursday, 31 October 2019

TUNJUKKAN BUKTI JIKA BENAR UKAS PENYEBAR BERITA PALSU


EMPAT hari yang lepas, YB Chong Chieng Jen mendakwa bahawa Unit Komunikasi Awam Sarawak yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak merupakan satu agen GPS bagi menyebarkan berita palsu di dalam ucapannya pada satu acara di Miri hujung minggu lepas.    

Mengulas akan hal ini, YB Abdullah Saidul yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab di dalam isu korporat dan UKAS MENCABAR YB Chong untuk memberikan bukti sekiranya ada.  Ini kerana menurut beliau, UKAS ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak bagi membantu kerajaan mengwar-warkan segala hal yang dilakukan oleh pemerintah Sarawak kepada rakyat Sarawak melalui media sosial mereka.  

Dan tertubuhnya UKAS adalah kerana Kerajaan PH itu sendiri setelah mereka berkuasa tidak berlaku adil kepada sebaran berita di Sarawak dengan menjalankan taktik “blackout news” di dalam saluran penerangan mereka seperti RTM dan sebagainya.   

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/30/abdullah-cabar-chong-mengenai-dakwaan-ukas-penerbit-berita-palsu?fbclid=IwAR3jZIfEwB49y5CKYrWSmSp7dWfSbCiwrPXtbRfUAXLOsuYRj1aAJAO3WaE

Tuduhan sembrono YB Chong yang seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri itu dengan menuding jari kepada UKAS wajar ditempelak.  Ini kerana selama ke hari ini kita sendiri mengetahui bahawa sebelum PH berkuasa merekalah “raja penyebar berita palsu” bagi memainkan sentimen politik mahupun isu perkauman untuk mendapat undi rakyat.  Ternyata taktik mereka berjaya kerana akhirnya ramai rakyat tertipu dengan dakyah mereka yang sehingga ke hari ini satu-persatu tidak dapat dibuktikan oleh mereka sendiri walaupun mereka sudah berkuasa.  

Dan untuk lebih kefahaman semua adalah elok untuk kita bertandang ke laman mukabuku Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi mencari bukti dimanakah SEBARAN PALSU yang didakwa oleh YB Chong itu.  Biarlah rakyat Sarawak sendiri menilainya.  Scrollah dari atas hingga ke bawah, TIADA SATU pun berita TIDAK BENAR yang UKAS war-warkan.  

Pautan laman buku UKAS di media sosial adalah seperti berikut:


Tuduhan sembrono YB Chong adalah satu serangan berunsurkan politik dan penghinaan besar kepada para penjawat awam Kerajaan Sarawak! Makan boleh sembarangan makan TETAPI bila bercakap jangan sembarangan cakap wahai Chong.

No comments:

Post a Comment