Monday, 14 October 2019

TIDAK PUASHATI SARAWAK BERSEBAB WAHAI LGE!


SETELAH Belanjawan 2020 dibentangkan beberapa hari yang lepas, kita menyaksikan perbezaan ketara bagaimana peruntukan untuk Sarawak yang hampir sebesar Semenanjung Malaysia masih lagi “dianaktirikan”.  Dek kerana itulah ramai ahli politik Sarawak mahupun warganet Sarawak membantah ketidakadilan yang berlaku itu biarpun menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Sarawak mendapat peruntukan pembangunan kedua terbesar dan seharusnya Sarawak sudah boleh bersenang hati kerana tuntutan mereka dipenuhi.     

Pautan adalah seperti berikut:


Dalam pada itu berkenaan isu penyemakan semula geran menurut beliau, Kerajaan PH telah melakukan yang terbaik iaitu dengan menggandakan pemberian geran yang dan angka yang disebut adalah RM32 juta untuk Sarawak yang mana tambah jika kita mencongak dengan jumlah keluasan serta nilai matawang sekarang langsung tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan.  Hanya celah gigi sahaja itu!

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jika kita menggodek apa yang terkandung di di dalam Perjanjian Malaysia 1963, geran istimewa untuk Sabah Sarawak (Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan) haruslah disemak setiap lima tahun dan kali terakhir adalah pada tahun 1969.

Selain itu pemberian geran sebanyak RM32 juta itu turut wajar dipersoalkan kerana sebelum ini berdasarkan kepada kenyataan YB Chong Chieng Jen bertarikh 31 Mac 2019 ada berkata bahawa mekanisma pemberian geran itu akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan antara Kerajaan Pusat dan wakil Sabah dan Sarawak.  

Pautan adalah seperti berikut:


“Akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Teknikal”.. itu janji YB Chong tetapi sebaliknya yang berlaku adalah Kerajaan Persekutuan sendiri sudah awal-awal menggambarkan bahawa merekalah “tuan sebenar” kerana hakikatnya pemberian geran sebanyak itu hanya diluluskan di peringkat mereka sahaja.  

Dek kerana itulah tatkala ianya diumumkan, Ketua Whip GPS iaitu Dato Seri Fadillah Yusuf awal-awal lagi mempersoalkan kewajaran jumlah tersebut dan berkata ianya sekaligus tidak menghormati Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang mereka war-warkan.  Menurut beliau hal geran ini langsung tidak dibincangkan, diperincikan mahupun diluluskan di peringkat Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan.   

Pautan adalah seperti berikut:



Cukup jelas sekali penyemakan semula itu hanya umpama melepas batuk di tangga sahaja kerana dari hukum logik jika benar-benar ikhlas untuk memberi seharusnya penyemakan semula itu diambilkira bermula dari tahun 1969 hingga ke tahun 2019 bukannya sekali ganda sahaja jumlahnya berbanding tahun 1969 iaitu RM16 juta. Biarpun digembar-gemburkan “ADA PERANCANGAN UNTUK MEMBERIKAN LEBIH DALAM MASA LIMA TAHUN LAGI” bolehkah kita mempercayai kata-kata daripada satu kerajaan yang sering membuat pusingan U.  Hari ini cakap lain, esok cakap lain!

Dahulu Lim Guan Eng sebelum berkuasa bukan main menunjuk hero menjadi “pembela” Sarawak dan Sabah konon iaitu Sabah dan Sarawak adalah “equal partners” di dalam pembentukan Malaysia dan bukannya 13 negeri di dalam Malaysia.  Sabah dan Sarawak mahu merasai sendiri segala keberhasilan yang dikeluarkan dari negeri mereka yang diambil oleh persekutuan samada dari segi pembangunan dan peruntukan. Beliau berkata sedemikian sewaktu ditemuramah di London.  

Pautan video temuramah adalah seperti berikut:

https://www.facebook.com/RedParrot1840/videos/576463566168491/

Sebaliknya mengapa sudah berkuasa boleh pula berkata jika Sarawak diberikan peruntukan yang lebih bagaimana dengan 11 buah negeri yang lain! Mula-mula equal partners bukan setaraf negeri-negeri di Semenanjung Malaysia alih-alih sekarang adalah 13 negeri-negeri di Malaysia.   

Untuk Menteri Kewangan Malaysia bernama Lim Guan Eng yang sebelum ini handal mengira Matematik yang mencongak Sarawak akan muflis di dalam masa tiga tahun lagi, ketidakpuasan hati kami bertempat dan semuanya berkisar kepada HAK KAMI SEPERTI YANG DIJANJIKAN lagipun segala subsidi dan belanja pembangunan lebih banyak berorientasikan Malaya. Malah di dalam belanjawan 2020 langsung tiada menyebut pengembalian cukai 50% dijanjikan malah manifesto 30% peruntukan pembangunan untuk Sabah Sarawak hanya sekitar 17% yang dicapai.

JANGAN SEMADI NADAI MENUNAIKAN JANJI ITU INI DENGAN HARAPAN KAMI, RAKYAT SARAWAK (TIDAK TERMASUK CHONG DAN KUARTETNYA) AKAN GEMBIRA DAN PUASHATI MENERIMA APA SAHAJA LANTAS TERUS PALOI SELAMANYA DIULUN MALAYA!!!

Dahulu lain, sekarang lain wahai LGE!

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST

No comments:

Post a Comment