TIADA lagi rahsia mengenai subsidi petrol bersasar yang selama ini dinanti-nantikan oleh semua. Dan umum mengetahui bahawa rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan tiada di dalam senarai kerana hanya rakyat di Malaya yang layak. Sementara itu Sabah, Sarawak dan Labuan pula dikatakan menikmati “keistimewaan” kerana harga petrol Ron95 akan ditetapkan pada harga RM2.08 seliter.
Dan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dari Malaya yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) manakala kategori motosikal yang layak ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas.
Dengan itu juga secara automatik kadar subsidi yang diterima terus ke akaun mereka adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal yang membabitkan seramai 2.86 juta penerima.
Menurut YB Saifuddin Nasution merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada menerima program subsidi petrol bersasar kerana kebanyakan daripada rakyatnya lebih banyak menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar yang menggunakan minyak diesel.
Pautan berita penuh seperti berikut:
Nampak gayanya “berita baik” seperti yang dikatakan oleh YB Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu ada sesuatu yang tidak kena kerana hakikatnya ianya menidakkan hak golongan B40 penerima BSH di ketiga-tiga wilayah itu sendiri. Alasan yang cukup pelik sama sekali.
Polisi yang indah dari rupa dan hanya “gula-gula” politik sahaja kerana Sarawak akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Sewajarnya sebagai negeri pengeluar minyak, Sarawak mahupun Sabah bukan menikmati harga minyak pada kadar tersebut sebaliknya lebih rendah atau mungkin seperti pengiraan seorang “bijak pandai” PKR sebelum pilihanraya lepas yang sekarang ghaib entah ke mana iaitu RM1.50.
Inilah kebanggaan bagi Chong dan kuartetnya yang mengiyakan sahaja walau Malaya didahulukan dan Sarawak dianaktirikan. Rakyat Sarawak “bukan” rakyat Malaysia kalau berbicara soal subsidi tetapi akan menjadi rakyat Malaysia apabila wajib “berkongsi kekayaan” dengan hasil maksum Sarawak digodek berhabis-habisan selagi masih belum kering-kontang. Bau royalti 20% pun tidak dapat dihidu lagilah 50% cukai yang dijanjikan terus hilang dipuput bayu.
Usah kita mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
#IAMSARAWAKIAN
No comments:
Post a Comment