ANTARA manifesto PH pada PRU ke 14 yang lalu adalah untuk memansuhkan GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak 1 April 2015. Dan tatkala PH berjaya menawan Putrajaya maka gegak gempita kuartet PH kerana kejayaan mereka membenarkan GST 6% dimansuhkan pada tanggal 1 September 2018 lantas diganti dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Pada masa itulah, Malaysia satu-satunya negara di dunia yang memecah rekod sebagai satu-satunya yang berbuat demikian iaitu kembali kepada sistem percukaian yang lama.
Dan dua hari ini sekali lagi isu GST menjadi tajuk utama di media sosial dan media massa apabila dikatakan GST akan kembali lagi dengan peratusan GST 3% seperti yang disarankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Dan saranan MIER ini disahut dengan baik oleh Perdana Menteri Malaysia yakni Tun M yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula perlaksanaan GST itu semula.
Pautan berita adalah seperti berikut:
Kalaulah benar seperti yang diperkatakan, nampak gayanya sekali lagi rakyat Malaysia “DIKENCING BERDIRI” oleh kerajaan yang dipilih hampir satu setengah tahun yang lalu. Apa lagi selepas ini? Kita tungguuuuu.
No comments:
Post a Comment