ISU royalti 20% yang tidak dapat dilaksanakan terus menjadi topik di Sarawak dan kali ini Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Soo Li Ching pula mengutarakan pendapatnya. Beliau mencabar YB Chong Chieng Jen, ADUN Kota Sentosa yang sebelumnya menyalahkan Kerajaan Sarawak tidak menerima tawaran mereka menyebabkan kegagalan tersebut.
Menurut Soo, Chong sebagai orang kuat PH dicabar untuk memberitahu PM Tun M agar menghentikan sahaja segala operasi minyak yang dibuat oleh Petronas di Sarawak. Tambah beliau Chong yang gah berkata penolakan pakej itu menyebabkan isu royalti bersyarat tidak dapat dilaksanakan sedangkan semasa Petronas dibenarkan mengodek hasil minyak dan gas Sarawak untuk pembangunan di Malaya, Sarawak TIDAK PERNAH MENGENAKAN SYARAT. Diambil tanpa syarat tetapi bila Sarawak menuntut royalti dikenakan syarat! Tidak boleh diterima dek akal dakwa Soo.
Pautan berita penuh:
https://suarasarawak.my/2019/10/01/hentikan-operasi-jika-gagal-bayar-royalti/?fbclid=IwAR2GkePGZXDKXS0p7W-HLx3HeufPdio75jjAtKe9IeKSdjipyBoO17PA2qM
No comments:
Post a Comment