Tuesday 29 October 2019

BANTAHAN PENUBUHAN MPKKP TERUS BERKUMANDANG DI SARAWAK



SUARA ketua masyarakat dan penghulu kaum serta tuai rumah terus berkumandang di bumi Sarawak apabila mereka bangun membantah penubuhan MPKKP yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Sarawak menjelang November ini.  Kesemua mereka berpendapat bahawa MPKKP yang akan dilaksanakan kelak akan memecahbelahkan keharmonian di Sarawak.  

Semalam sahaja suara-suara bantahan didengar dari 100 Ketua Masyarakat dan Kaum di Parlimen Petrajaya yang telah berhimpun di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa, Petra Jaya, Kuching tadi.  

Pautan berita penuh:


Sementara itu, suara bantahan turut didengar dari Bidayuh Council of Elders yang mana di dalam mesyuarat mereka kelmarin telah sehati sejiwa mengeluarkan satu resolusi yakni mereka akan menghalang penubuhan MPKKP di 344 buah perkampungan kaum Bidayuh di Bahagian Kuching dan Serian.  

Pautan berita penuh:


Nampak gayanya bukanlah semudah itu, PH untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak dengan menggunakan agenda penubuhan MPKKP.  Mana mungkin kita boleh menerima dua ketua di dalam satu masa sedangkan selama ke hari ini kita orang Sarawak mempunyai cara tersendiri mengatur bicara dengan rakyat tanpa “bertuankan” Malaya.   

No comments:

Post a Comment