MENJENGAH tahun 2022 maka bermulalah bicara politik PRU ke-14 pula. Bagi dunia politik di Sarawak yang akan banyak diperkata merupakan bagaimana pengagihan kerusi nanti kerana ada beberapa kerusi Parlimen sebelumnya kepunyaan PKR sewaktu menang namun akibat perpecahan maka Ahli Parlimen PKR telah berubah angin memihak kepada PPBM pula. Dengan GPS merupakan rakan menyokong untuk Perikatan Nasional terus kekal memerintah Malaysia dan PPBM juga adalah salah satu rakan PN jadi sudah tentu kerusi Parlimen itu akan menjadi rebutan.
Biar gendang PRU ke-14 belum dipalu namun awal-awal lagi di pihak GPS sudah ada yang melaungkan untuk tidak memberi muka mengenai pengagihan kerusi. Dr. Jerip yang merupakan ADUN Mambong telah awal-awal memberitahu bahawa kerusi Parlimen Puncak Borneo adalah untuk GPS melalui parti gabungannya PBB dan tiada kompromi akan hal itu.
Pautan berita penuh:
https://dayakdaily.com/parlimen-puncak-borneo-milik-gps-tiada-kompromi/?fbclid=IwAR1roBgbbpiOWfa6sMHQ8K9VDkM96I9lp59EA71v3fvh4BpEno3aXN7HYjE
Untuk rekod, penyandang Parlimen Puncak Borneo sekarang adalah Datuk Willie Mongin yang merupakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia yang memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru mengalahkan BN dan STAR pada PRU ke-13. Dalam PRN Sarawak baru-baru ini, Datuk Willie adalah penyokong kuat ke atas calon-calon GPS di tiga DUN Parlimen Puncak Borneo iaitu Mambong, Tarat dan Serembu. Perkembangan kerusi Parlimen ini sudah tentu amat menarik untuk kita ikuti kelak.
#redparrot
#teamGPS
No comments:
Post a Comment