Wednesday 6 November 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK LONG KEVOK KE DUN SARAWAK


HARI ini begitu istimewa di sidang DUN Sarawak kerana menerima kunjungan iaitu lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari SK Long Kevok, Telang Usang yang mengharungi perjalanan yang panjang untuk sampai ke Kuching hari ini.  Ketibaan mereka sendiri oleh ADUN Telang Usang iaitu YB Dennis Ngau sendiri.  

Cukup terserlah wajah keterujaan pelajar-pelajar apabila memasuki DUN yang menjadi lambang pemerintahan berdemokrasi untuk rakyat Sarawak.  Langkah kanan mereka hari ini kerana turut mendapat perhatian pihak media dari Astro Awani yang tanpa membuang masa mengambil peluang keemasan untuk menemuramah pelajar-pelajar.

Kata bidalan lama jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kita amatlah berharap agar lawatan mereka hari ini boleh menanam minat mereka untuk menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.   

No comments:

Post a Comment