Monday, 25 November 2019

ATLET KELAHIRAN BINTULU WAKILI NEGARA KE SUKAN SEA 2019


GENERASI sekarang amat gemar dengar sukan yang lasak dan antaranya adalah sukan muaythai dan kickboxing yang semakin mendapat tempat di dalam arena sukan di Sarawak.  Jika selama ke hari ini ianya diungguli oleh ramai atlet dari bumi Semenanjung Malaysia mahupun Sabah, untuk Sukan SEA 2019 yang sekarang berlangsung di Manila, Filipina kali ini ada kelibat seorang anak Sarawak yang turun ke gelanggang.  

Aman Koboi, begitulah nama gelarannya dan nama sebenarnya pula adalah Awangku Abdul Rahman bin Awang Marajaya iaitu anak Sarawak kelahiran Bintulu yang telah melakar sejarahnya tersendiri kerana dialah satu-satunya anak Sarawak yang berjaya menempatkan dirinya untuk bersama pasukan Malaysia beraksi di Sukan SEA 2019. Bakatnya diasah dengan sebaik mungkin oleh guru-gurunya dari Kelab PS Muaythai Bintulu sehingga berjaya merangkul kejuaraan di Kejohanan Muaythai Classic World 7 (CW7) Fight Night 2019 di Pulau Pinang tidak lama dahulu.

Pautan berita penuh:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/25/atlet-muaythai-bintulu-wakil-negara-ke-sukan-sea-filipina?fbclid=IwAR2y2qrW7pDLW3Cq8UQWyy63-l24kVdgmBHgVrg9tR2dcnngRtVX1LWyCwg

Sesungguhnya kejayaan beliau terpilih mewakili Malaysia sudah cukup membanggakan kita semua sebagai rakyat Sarawak.  Dan sudah tentu akan lebih manis andainya beliau berjaya merangkul sebarang pingat di Sukan SEA 2019 kelak.  Semoga beroleh kejayaan wahai Aman Koboi.  

Good luck bro.

Kredit gambar: Francus Ngu Hown Hua 

No comments:

Post a Comment