Thursday, 21 November 2019

PETRONAS HUTANG SARAWAK RM1.29 BILION SEHINGGA JUN 2019


KETEGASAN Kerajaan Sarawak yang telahpun membuat tindakan saman keatas Perbadanan Petrolium Nasional (PETRONAS) adalah satu langkah yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak.  Dan ianya dilestarikan pada hari ini 21 November 2019 setelah Petronas dikatakan bermain tarik tali di dalam isu ini biarpun organisasi yang lain seperti Murphy dan SHELL telahpun membayar 5% cukai jualan produk petroleum seperti yang termaktub di dalam OMO 1958.

Dalam pada itu mungkin rakyat Sarawak tertanya-tanya berapakah jumlah hutang yang enggan dibayar Petronas dan menurut sumber yang sahih menyatakan bahawa jumlahnya adalah sebanyak RM1.29 bilion iaitu yang tidak dibayar sehingga Jun 2019.  Dan saman Sarawak adalah berdasarkan kepada jumlah tersebut bagi memastikan Petronas turut akan membayar untuk tempoh Julai sehingga Disember 2019 kelak.  

Pautan berita penuh:


Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak seharusnya wajar disokong oleh kita sebagai rakyat Sarawak kerana ianya berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.  Kerajaan Sarawak tidak membuat sembrono sebaliknya telahpun menghantar “Notice Of Assessment” kepada Petronas pada awal bulan November kerana mereka diberikan tarikh akhir sehingga 31 Oktober 2019 namun masih tidak membuat sebarang pembayaran.  

Jadi tiada kompromi lagi dan Kerajaan Sarawak sepertimana yang diucapkan oleh Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Datuk Haji Abang Openg ketika sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lepas bahawa Sarawak akan menyaman Petronas sudahpun ditunaikan.  

Angka sebanyak RM1.29 bilion itu bukanlah sedikit dan ianya adalah hak rakyat Sarawak yang wajar dituntut walau apa cara sekalipun.  Mana mungkin kita membiarkan satu perbadanan memperkotak-katikkan hak kita telahan lagi hasil keuntungan mereka sudah banyak mengenyangkan mereka selama ke hari ini dan kita hanya bersandarkan wang ihsan semata-mata. Kita sentiasakan percayakan undang-undang yang tulen dan melalui undang-undanglah kita mencari jawapannya.   

Penyewa yang tidak mahu membayar sewa sememangnya harus kita ajar. TITIK!

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST 

No comments:

Post a Comment