Tuesday 19 November 2019

ISU ROYALTI DAN PEMBAYARAN TUNAI MINYAK SABAH SARAWAK DIBINCANG BULAN DEPAN


SEMALAM telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MA63 antara delegasi Sarawak yang diketuai oleh KM Sarawak, DP Abang Jo dan juga delegasi Sabah yang dipengerusi oleh PM Tun M di Putrajaya.  Antara keputusan yang diwar-warkan adalah isu royalti dan pembayaran tunai minyak Sabah dan Sarawak hanya akan dibincangkan antara PM Tun M bersama kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak pada bulan hadapan. Selain itu perbincangan B2B antara Petronas, Petros dan Kerajaan Negeri akan tetap diteruskan.  

Hal ini diwar-warkan oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga ADUN Semariang di dalam kenyataan medianya di Kuching tadi.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment