Friday 8 November 2019

DUA JEJANTAS MENJADI MANGSA PEMBATALAN PROJEK PH DI SARAWAK


JEJANTAS amat diperlukan apabila ianya berada di kawasan yang sibuk dengan lalulintas dan begitulah yang terjadi apabila Kerajaan Sarawak meletakkan dua jejantas di iaitu di Jalan Tawi Sli dan Jalan Kalong Ningkan DIBATALKAN oleh Kerajaan PH sebegitu sahaja.  Kedua-dua jalan tersebut adalah jalan persekutuan yang menjadi tanggungjawab persekutuan untuk membuatnya.  

Begitulah yang diwar-warkan oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan iaitu Datuk Julaihi Narawi apabila menjawab soalan daripada ADUN Batu Kitang di sidang DUN hari ini.  

Pautan berita penuh:  


Inilah yang dinamakan Malaya didahulukan dan Sarawak dikemudiankan sedangkan projek infrastruktur yang sememangnya berkepentingan bagi memastikan pengguna jalanraya selamat turut tidak diendahkan oleh Kerajaan Persekutuan.  Mungkin dana RM100 juta untuk menaiktaraf Bukit Bendera di Pulau Pinang yang sememangnya dibawah senarai tanggungjawab negeri seperti Pulau Pinang yang tiba-tiba boleh menjadi tanggungjawab Persekutuan LEBIH PENTING dari NYAWA ORANG SARAWAK!

Menteri Kerjaraya dari Sarawak BUAT APA owh??? 

No comments:

Post a Comment