Monday 4 November 2019

PROJEK INFRASTRUKTUR BERIMPAK TINGGI DI KAWASAN LUAR BANDAR SARAWAK


BAGI mempercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar, beberapa projek berimpak tinggi turut dilaksanakan pada Belanjawan 2020 Sarawak yang mana ianya meliputi pembinaan infrastruktur asas bagi menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar-bandar besar di Sarawak.  

Untuk itu sejumlah RM5.145 Bilion diperuntukkan dan projek-projek tersebut adalah:

1. Pembinaan jalan pesisir di Sarawak dan ini termasuk pembinaan lima jambatan iaitu Jambatan Batang Kemena, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Igan.

2. Jalanraya kedua (2nd Trunk Road) yang menjadi alternatif untuk tempoh perjalanan pendek yang menghubunkan jalan utama Lebuhraya Pan Borneo dan rangkaian jalan pesisir.

3.  Jalan dan jambatan dibawah Intergated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA)

4.  Pembinaan jalanraya dari Marudi ke Mulu melalui Long Terawan, Miri

5.  Pembinaan jalanraya Ulu Tubai ke Mentawai/Gunung Buda, Limbang

6.  Pembinaan jalanraya Nanga Menuan/Nanga Setepus, Kapit

7.  Menaiktaraf Jalan Pakan, Sarikei

8.  Pembinaan jalan Kampung Igan ke Rumah Panjang Sungai Ilas dan Kampung Sah, Kebuaw, Batang Igan, Mukah

9.  Pembinaan Jalan Kampung Sebauh ke Sebauh Hilir, Bintulu

10. Pembinaan jalan Ijok/Teguyo/Lempaong/Batu Pesok/Rantau Layang, Betong

Dengan siapnya infrastruktur ini kelak maka ianya diharapkan akan menjana ekonomi untuk rakyat setempat dengan pembukaan kawasan pertanian dan pembangunan komersial.


#BELANJAWAN2020SARAWAK 

No comments:

Post a Comment