Wednesday 20 November 2019

MAJLIS PECAH TANAH JAMBATAN BATANG RAMBUNGAN 24/11/2019


KETIKA puak di sebelah sana sedang sibuk survival untuk mempertahankan jawatan mereka, Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden GPS iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg tetap masuk “gear 5” meneruskan perjuangan untuk memajukan Sarawak mengikut “acuan” Sarawak.  Ahad ini, 24 November 2019 satu majlis pecah tanah Jambatan Batang Rambungan, Lundu pula mengambil tempatnya bagi merealisasikan kehendak rakyat Sarawak untuk senang dihubungi melalui jalinan jalan pesisir.  

Projek Jambatan Batang Rambungan adalah antara projek infrastruktur yang telah diluluskan ketika zaman Barisan Nasional namun dibatalkan tatkala Pakatan Harapan mengambilalih Kerajaan Pusat pada pilihanraya yang lepas. Namun begitu bagi memenuhi janji dan inspirasi rakyat di kawasan Lundu contohnya, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak meneruskan projek tersebut yang mana kosnya dianggarkan RM300 juta dengan biaya sendiri.  

Adalah dimaklumkan pada Ahad ini, perkhidmatan feri Rambungan akan dihentikan bermula dari jam 5 pagi hingga 3 petang bagi memudahkan acara dijalankan.  Untuk itu orang ramai adalah digalakkan untuk menggunakan laluan ALTERNATIF iaitu Jalan Kuching-Bau-Lundu lama pada hari tersebut.

#GPS
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment