Tuesday 19 November 2019

5% CUKAI SST PETROLEUM: SARAWAK TOLAK TAWARAN PETRONAS


UMUM mengetahui setakat ini hanya Petronas yang masih berdegil tidak mahu membayar 5% cukai jualan produk petroleum seperti yang termaktub di dalam OMO 1958.  Dan tarikh akhir sudahpun tamat iaitu penghujung Oktober 2019 yang lepas yang mana menyaksikan ia turut dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lepas iaitu semasa Belanjawan 2020 Sarawak.  Natijahnya ADUN Sarawak baik daripada GPS dan pembangkang sebulat suara menyokong agar hal ini dilanjutkan ke mahkamah.  

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) iaitu Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melalui sidang medianya pada tanggal 18 November 2019, Petronas melalui Kerajaan Persekutuan menawarkan untuk MEMBAYAR WANG IHSAN 3% kepada Sarawak iaitu BERSYARAT yang mana Sarawak harus MENGGUGURKAN TUNTUTAN 5% CUKAI JUALAN PRODUK PETROLEUM YANG DIKENAKAN KE ATAS MEREKA.

Tindakbalas daripada Kerajaan Sarawak melalui Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari pula adalah MENOLAK TAWARAN tersebut kerana langsung TIDAK MASUK AKAL.  Ketegasan Ketua Menteri Sarawak itu dilestarikan dengan menulis surat rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi menunjukkan bahawa Sarawak tiada kompromi apabila berbicara mengenai undang-undang yang sudah termaktub di dalam perlembagaan Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Sementara itu perkembangan terkini berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MA63 yang berakhir di Putrajaya kelmarin turut menyatakan bahawa isu ini masih belum ada kata putus yang tuntas malah perbincangan B2B Petronas dengan Kerajaan Sarawak masih diteruskan.  

Sesungguhnya ketegasan Ketua Menteri Sarawak dengan MENOLAK TAWARAN PETRONAS sudah pasti disokong oleh rakyat Sarawak dan cukup-cukuplah kita memberi muka kepada Petronas.  Jadi, kita nantikan apakah episod seterusnya yakni adakah Petronas akan diheret ke mahkamah seperti yang diwar-warkan atau sebaliknya. 

No comments:

Post a Comment