Friday, 22 November 2019

TUBUHKAN SARAWAK BORDER RANGER

SOAL jaringan keselamatan sesebuah negara atau negeri bukanlah sesuatu yang kita ambil enteng kerana ianya menuntut komitmen yang berterusan. Dan tatkala negara dikejutkan oleh serbuan di Cyberjaya oleh PDRM yang berjaya menangkap 680 orang “scammers” berasal dari Negara China merupakan satu amaran betapa soal kedudukan keselamatan dan perundangan yang ketat harus dilestarikan secepat mungkin.
Berbicara dari segi itu, Dato Idris Buang yang merupakan Ketua Penerangan PBB merangkap ADUN Muara Tuang turut mengulas isu tersebut dari konteks Sarawak. Menurut beliau adalah perlu untuk Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif memperketatkan soal keselamatan di Sarawak dengan cara tersendiri. Mana-mana pegawai yang mempunyai tanggungjawab langsung di dalam hal ini harus diberikan kelengkapan yang lengkap, moden dan terkini lantas boleh membantu keberkesanan penguatkuasaan keselamatan yang disediakan oleh pihak Persekutuan.
Tambah beliau lagi langkah Sarawak mengwujudkan kembali Sarawak Coast Guard pada tahun 2020 misalnya adalah satu langkah yang ke hadapan di dalam memastikan perimeter di bahagian lautan Sarawak dijaga sepenuhnya lantas memperkuatkan lagi Pasukan Polis Marin yang dibawah Persekutuan. Sehubungan itu juga adalah perlu untuk Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan pula Pasukan Sarawak Border Ranger yang mana sememangnya di dalam sejarah sudah terbukti keperwiraan dan kesetiaan mereka menjaga keselamatan Sarawak itu sendiri sejak dari dahulu lagi.
Dato Idris turut mencadangkan agar unit ini diwujudkan dengan bernaung dibawah Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak ataupun Jabatan Perhutanan Sarawak sebagai satu agensi keselamatan Kerajaan Sarawak sendiri.
Pautan berita penuh:
https://dayakdaily.com/sarawak-must-strengthen-security-agencies-to-safeguard-interest-idris/
Apa yang dicadangkan oleh Ketua Penerangan PBB ini sememangnya adalah satu langkah pro-aktif yang perlu Kerajaan Sarawak pertimbangkan. Cadangannya pula bukanlah untuk berpolitik semata-mata sebaliknya soal keselamatan itu sudah lama menjadi urat nadi beliau kerana hakikatnya sebelum melangkah ke dunia politik, beliau merupakan salah seorang anggota keselamatan iaitu di dalam dunia kepolisian.
Sementara itu dengan senario isu keselamatan global sekarang yang bukan hanya berkisar di dunia realiti semata-mata sebaliknya turut mencakupi dunia maya harus difikirkan dengan cukup serius. Kewujudan unit keselamatan sendiri di dalam menjaga persempadan Sarawaj sememangnya sudah menjadi antara yang diminta oleh rakyat Sarawak itu sendiri sejak kebelakangan ini.
Hanya orang Sarawak yang mengenal apa itu Sarawak.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST

No comments:

Post a Comment