Tuesday 19 November 2019

DUA HOSPITAL SWASTA BERTARAF ANTARABANGSA AKAN DIBINA DI SARAWAK


BAGI menggalakkan lagi industri pelancongan kesihatan atau “health tourism”, Kerajaan Sarawak telahpun meluluskan dua pelaburan dari luar negara bagi membina dua buah hospital swasta bertaraf antarabangsa di Sarawak iaitu di Tabuan, Kuching dan satu lagi lokasi yang tidak didedahkan.  Difahamkan salah satu hospital swasta ini akan memberikan perawatan professional di dalam menangani sakit kanser manakala yang satu lagi untuk rawatan sakit jantung dan pelbagai penyakit yang lain.

Hal ini didedahkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ketika merasmikan pejabat baru untuk Sarawak Multimedia Authority di Kuching tadi.  

Pautan berita penuh:


Industri Pelancongan Kesihatan sememangnya antara industri yang berkembang maju di banyak kawasan di dunia sekarang kerana ianya melibatkan warga-warga asing mendatangi satu negara semata-mata untuk mendapat rawatan kesihatan yang terbaik.  Ianya mampu menjana ekonomi Sarawak lebih-lebih lagi sekiranya hospital tersebut adalah bertaraf antarabangsa yang sudah pasti mampu memikat ramai warga asing dari seluruh Asia Tenggara berkunjung ke Sarawak.  

Sekaligus ianya juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak yang mempunyai kepakaran di dalam perubatan serta khidmat sokongan perubatan yang lain.  

No comments:

Post a Comment