Saturday, 9 November 2019

PEMIMPIN PH POTONG RIBEN PROJEK YANG SUDAH DIRASMIKAN PADA TAHUN 2017


TAK percaya?? Tapi itulah yang terjadi apabila seorang kepimpinan PH sudah tiada modal untuk bertandang ke Sarawak.  Maka begitulah yang terjadi kepada satu projek iaitu Projek Tenaga Solar di Rumah, Ng Tutong Ulu pada ahad lepas.  Tindakan pemimpin PH itu dikecam oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari kawasan Batang Ai kerana projek tersebut sudahpun dirasmikan pada tahun 2017 oleh Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Datuk Malcom Mussen.  

Lebih menjengkelkan lagi projek tenaga solar itu merupakan dana sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Pautan berita penuh:


Begitulah hendaknya jika sudah tiada modal untuk berpolitik, pemimpin PH tidak menghiraukan maruah mereka janji tampak baik dipandangan media sosial dan media arus perdana. Janji ada majlis potong riben biarpun projek itu diilhamkan, disiapkan dan dana oleh Kerajaan Negeri Sarawak.  

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di DUN Balingian sudah tentu mengetahui segala projek yang berada di dalam kawasan mereka dan siapa yang memberikan projek tersebut selama ke hari ini. Tidak malukah untuk merasmikan projek yang sudah ada sejak di tahun 2017.  Persekutuan sudah PH pegang tak akanlah tidak mampu mengadakan projek yang baharu.

#doneclaim 

No comments:

Post a Comment