Friday 22 November 2019

NASIB BARU BIAN DITANGAN KETUA CABANG PKR SARAWAK!


KEMELUT “perkelahian” rumahtangga Parti Keadilan yakni mengenai konvensyen PKR yang dijadualkan esok, 23 November 2019 di Hotel Pullman, Miri akan menjadi bualan tatkala Majlis Pimpinan Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh YB Baru Bian iaitu Menteri Kerjaraya merangkap Ahli Parlimen Selangau dan ADUN Ba’ Kelalan yang membatalkan konvensyen tersebut tetapi diteruskan juga oleh PKR Pusat. Ketegangan antara pucuk pimpinan PKR Sarawak pro-Azmin dengan PKR Pusat yang selama ke hari ini cuba disimpan oleh mereka akhirnya terbongkar jua.  

Dalam pada itu biarpun kuasa untuk menentukan siapakah Pengerusi MPN adalah kuasa mutlak Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menurut beliau di dalam sidang medianya menyatakan beliau menyerahkan kuasa itu kepada Ketua-ketua Cabang PKR Sarawak untuk memilih siapakah pengerusi MPN mereka.  Ini bermakna nasib Baru Bian terletak di tangan ketua-ketua cabang PKR yang menghadiri konvensyen itu esok.

Pautan berita penuh:


Melihat kepada senario terkini dapat dirumuskan bahawa Presiden PKR cukup bijak mengatur strategi bagi memastikan sokongan untuk beliau akan terus ada.  Perlulah diketahui andaikata kuartet Baru Bian MEMBOIKOT konvensyen itu esok bermakna suara-suara mereka tidak akan kedengaran.  

Untuk rekod berdasarkan kepada sidang media BB baru-baru ini ada menyatakan bahawa 18 Ketua Cabang bersama beliau sementara 11 lagi mahukan beliau berundur.  Dan tidak kurang Cabang PKR Baram yang mana didominasi oleh Kaum Orang Ulu sendiri menyatakan sokongan untuk YB Ali Biju mengambilalih jawatan Pengerusi MPN.  Tidak kurang juga kedengaran suara-suara daripada ahli PKR pro-Anwar yang mahukan Dr. Teo dan YB Larry Sng memegang jawatan tersebut.  

Apakah kesudahannya sudah tentu begitu menarik untuk kita saksikan menjelang konvensyen PKR “tanpa restu” MPN Sarawak yang begitu kuat melaungkan bahawa mereka mempunyai autonomi di Sarawak.  Boikot atau tidak.. kita tunggu.

No comments:

Post a Comment