Thursday, 28 November 2019

BAWA PULANG ABU MAYAT CHIN PENG, SATU PENGKHIANATAN DAN TIDAK SENSITIF


TANGGAL 16 September yang lalu adalah satu satu tarikh yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia kerana pada hari itulah satu negara bergelar Malaysia ditubuhkan.  Namun sayangnya akibat ada pihak yang tidak sensitif malah mungkin mahu mendabikkan bahawa seorang individu yang penuh dengan kekejaman kerana mahukan ideologi komunismenya diterima maka pada tarikh itulah abu mayatnya dikatakan ditabur di laut dekat dengan Lumut dan Banjaran Titiwangsa.  

Hanya setelah tiga bulan berlalu, perbuatan kumpulan tersebut akhirnya diwar-warkan kepada umum yang mana menyaksikan ramai rakyat Malaysia menyifatkan ianya adalah satu perbuatan yang langsung tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga pejuang-pejuang negara dan juga orang awam yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunisme dan Chin Peng dahulu.  

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB merangkap ADUN Muara Tuang turut senada dengan ramai rakyat Malaysia.  Beliau yang sebelum melangkah ke dunia politik juga merupakan seorang Sarawak Border Scouts dan anggota polis yang dahulunya sewaktu darurat komunis di Sarawak bertugas sudah tentu mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk menyelar perbuatan kumpulan yang melakukan onar membelakangi Kerajaan dengan membawa pulang abu mayat Chin Peng penuh rahsia.

Menurut beliau, tindakan memberi penghormatan kepada musuh negara yang paling dibenci dan tidak boleh dimaafkan itu adalah satu tamparan besar kepada mereka yang benar-benar menyintai tanahair bergelar Malaysia. Tambah beliau, perbuatan seperti itu sebenarnya betul-betul menghina ahli keluarga pejuang-pejuang Sarawak malah para pesara polis dan tentera yang masih hidup telahan lagi mereka yang sudah tiada seperti Datuk Kanang Anak Langkau, Sarawak Rangers, tentera, polis dan Border Scout yang telah gugur di medan peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negeri dan negara dari pengganas komunis.   


Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment