UMUM mengetahui bahawa 31 Oktober 2019 merupakan tamatnya tempoh yang diberikan kepada Petronas untuk membayar 5% cukai produk petroleum kepada Sarawak. Sementara itu sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak akan mula bermesyuarat minggu hadapan seperti yang diwar-warkan sebelumnya.
Dalam pada itu ramai rakyat tertanya-tanya apa pula tindakan Kerajaan Sarawak kerana sehingga ke hari ini Petronas masih lagi bermain tarik tali bagi menjelaskan cukai tertunggak mereka yang dikatakan berjumlah hampir RM3 bilion. Ini kerana sebelumnya sudah ramai ahli politik serta beberapa pemikir yang professional memberi bayangan apakah yang patut dilakukan sekiranya Petronas masih berdegil.
Dan hari ini sahihlah sudah bahawa isu 5% cukai produk petroleum yang tertunggak itu akan dimuktamarkan di sidang DUN pada kali ini apabila Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari akan membawanya buat pendengaran ahli-ahli Yang Berhormat Sarawak sendiri.
Pautan berita penuh:
Sama-samalah kita nantikan apakah resolusi dan keputusan yang akan diambil kelak. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak membawanya ke sidang DUN adalah mengikut lunas-lunas Perlembagaan Sarawak. Sebarang keputusan samada ke mahkamah atau tidak itu harus mendapat mandat dari ADUN Sarawak.
No comments:
Post a Comment