TANGGAL 21 November 2019 yang lepas, Kerajaan Negeri Sarawak telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuching atas keengganan Perbadanan Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) yang masih tidak menjelaskan tunggakan bayaran cukai jualan produk petroleum sebanyak 5% iaitu mengikut jumlah tunai adalah RM1.29 bilion bermula dari Januari - Jun 2019. Tatkala ianya dimaklumkan untuk hebahan umum, ramai yang tidak percaya bahawa Sarawak akan seberani membuat tindakan sebegitu rupa.
Dan untuk makluman semula, hal mengenai saman ini sudahpun disahkan oleh Petronas itu sendiri yang mana sehingga ke saat ini, mereka masih belum lagi memperjelaskan apakah tindakan lanjut yang akan mereka lakukan.
Pautan berita penuh:
Dengan adanya pengesahan daripada Petronas ini maka sudah terang lagi bersuluh bahawasanya Kerajaan Sarawak TIDAK PERNAH AMBIL ENTENG akan hak rakyat Sarawak sekaligus mampu menolak mainan persepsi di media sosial yang dilakukan oleh pihak pembangkang bahawasanya ini hanyalah DRAMA sahaja.
Encang Sarawak Encang.
#GPS
#SARAWAKFIRST
No comments:
Post a Comment