Wednesday 6 November 2019

JAMES WAN UMUM PERKAHWINAN DENGAN PELAKON KELAHIRAN BUCHAREST, ROMANIA


PENGARAH terkenal kelahiran Kuching yang menempa nama di dunia Hollywood iaitu James Wan mengumumkan perkahwinannya dengan seorang aktres ternama kelahiran Bucharest, Romania iaitu Igrid Bisu.  Hal ini diwar-warkan oleh beliau di dalam laman twitter peribadinya.  

James Wan yang lahir pada tanggal 26 February 1977 di Kuching, Sarawak adalah pengarah tersohor yang pernah mengarah Filem Fast and Furios 7.  Beliau membesar di Kuching, Sarawak sebelum berhijrah ke Perth, Australia mengikuti keluarganya ketika berusia tujuh tahun. Manakala Igrid Bisu yang dilahirkan pada tanggal 15 September 1987 di Bucharest, Romania adalah seorang pelakon dan produser filem.  Membintangi beberapa buah filem seperti Toni Erdmann yang pernah dimasukkan sebagai Best Foreign Film di Golden Globe Award pada tahun 2017.  

Salam tahniah untuk James Wan dan Igrid Wan dari kami, Sarawak Bumi Kenyalang.  

No comments:

Post a Comment