Tuesday 5 November 2019

PETROS KAWAL AKTIVITI MINYAK DAN GAS DI SARAWAK



BUAT pertama kali dalam sejarah, inilah julung-julung kalinya satu syarikat Sarawak diberikan fungsi yang lebih besar di bumi sendiri apabila apabila Petroleum Sarawak Berhad diberikan mandat sepenuhnya untuk melaksanakan dan mengawal aktiviti carigali minyak dan gas di pesisir Sarawak.

Selain itu, PETROS juga diberikan kuasa untuk menilai semua lesen dan pajakan perlombongan di seluruh Sarawak. Dan ianya sudahpun dilestarikan apabila PETROS telahpun diberikan mandat untuk memulakan perlombongan darat di Limbang.

Mengikut apa yang termaktub di dalam OMO 1958 jelas menyatakab bahawa Sarawak mempunyai hak ekslusif untuk perlombongan pesisirnya. Dan inilah yang digunakan oleh Kerajaan Sarawak dibawah GPS di dalam memastilan kita bukan hanya berputih mata melihat "harta-harta" kita diamgkut sesukahati dengan pulangan seciput.

Perancangan yang baik sudah tentu akan membuahkan hasil. Tidak perlu kita bising dahulu selepas dapat apa yang diminta baharulah kita merayakan kejayaannya.

No comments:

Post a Comment