Tuesday 5 November 2019

SARAWAK DALAM PROSES KAJIAN MENGAMBILALIH PELABUHAN BINTULU


SEJAK akhir-akhir ini sudah ada suara dari segenap lapisan Sarawak untuk Kerajaan Sarawak mengambilalih Pelabuhan Bintulu yang sekarang didominasi oleh Persekutuan.  Menurut Menteri Pengangkutan pula berkata bahawa Pelabuhan Bintulu adalah milik persekutuan atas dasar penubuhannya adalah dibawah Akta Pelabuhan Bintulu 1981.  Dari segi perundangan Sarawak pula, tiada sebarang kenyataan rasmi mengenainya kerana tidak pernah dibahaskan di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk persetujuan.  

Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur iaitu Datuk Julaihi Narawi di dalam sidang medianya di Dewan Undangan Negeri Sarawak tadi menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak sekarang di dalam proses membuat pengkajian yang rapi bagi mengambilalih Pelabuhan Bintulu.  Dan menurut beliau bukan sahaja Pelabuhan Bintulu malah ada banyak lagi entiti Persekutuan lain di Sarawak yang diambilkira.  Kajian yang teliti wajar dilakukan bagi memastikan ianya betul dan mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.  

Menurut Datuk Julaihi status tanah bagi tapak Pelabuhan Bintulu adalah berstatus pajakan iaitu mula dipajakkan pada tanggal 5 Mac 1983 dan akan tamat tempoh pajakan pada 4 Mac 2082.  Dan ianya dipajakkan dengan kadar sebanyak RM1.5 juta setahun yang dibayar kepada Kerajaan Sarawak.  Hanya selepas tamat tempoh pajakan baharulah tanah itu dimiliki semula oleh Kerajaan Sarawak.  

Untuk pemilikan saham di Pelabuhan Bintulu, peratusan saham adalah menerusi Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak 26.67% dan Equisar Assets Sdn Bhd, anak syarikat SKNS pula memegang 13.04%.  Secara keseluruhannya, Kerajaan Sarawak memiliki pegangan 39.72% sahamdi dalam Pelabuhan Bintulu Sdn. Bhd.

Berita penuh turut ada di dipautan ini:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/05/kerajaan-negeri-sarawak-dalam-kajian-ambil-alih-pelabuhan-bintulu-julaihi  

No comments:

Post a Comment